Site icon TechNave BM

LHDN ingatkan rakyat supaya semak status tunggakan cukai sebelum ke luar negara

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menasihati orang ramai supaya menyemak status tunggakan cukai dan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang bercuti ke luar negara sempena cuti persekolahan sesi 2023/2024.

Untuk membuat semakan status tunggakan cukai, anda boleh layari laman web MyTax (https://mytax.hasil.gov.my/) manakala semakan status semakan perjalanan boleh dilakukan di laman web Imigresen Malaysia (https://sspi.imi.gov.my/sspi/).

Jika anda mempunyai rekod tunggakan cukai yang membuatkan anda dikenakan tindakan sekatan perjalanan, anda dinasihati untuk buat pembayaran secepat mungkin atau hubungi pejabat LHDN untuk pengendalian fail cukai untuk membuat rundingan bayaran ansuran.

LHDN melaporkan bahawa setakat 31 Disember 2023, bilangan individu yang disekat perjalanannya berjumlah 179,719 kes manakala bilangan pengarah syarikat yang disekat perjalanannya adalah 12,846 kes.

Agensi tersebut berkata sekatan perjalanan akan dikenakan selepas mereka mengeluarkan surat, e-mel atau panggilan telefon mengenai tuntutan bayaran tunggakan cukai. Tindakan tersebut diambil bawah Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version