Site icon TechNave BM

LHDN jelaskan mereka tiada akaun TikTok

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini menjelaskan bahawa agensi percukaian itu tidak mempunyai akaun rasmi dalam media sosial TikTok, seperti yang tular di media sosial tempatan baru-baru ini.

Buat masa ini, LHDNM hanya mempunyai akaun media sosial rasmi dalam Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube. Agensi itu juga telah membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengelakkan identiti LHDNM untuk disalahgunakan pada masa akan datang.

LHDNM turut menasihati rakyat agar lebih bertanggungjawab dalam semua penyiaran di media sosial dan sentiasa berwaspada dengan mana-mana pihak yang menyamar sebagai pihak LHDNM.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LHDNM

Exit mobile version