Site icon TechNave BM

LHDN sedang pantau ‘influencer’ pamer kemewahan secara dalam talian

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti pempengaruh (influencer) media sosial yang mempamerkan kekayaan mereka dalam talian dan memastikan mereka memenuhi kewajipan membayar cukai. Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai LHDN, Abang Ehsan Abang Abu Bakar berkata pemantauan itu dilakukan setiap hari menerusi semua media sosial dan platform e-dagang.

Beliau berkata, unit khususnya iaitu Bahagian Audit Ekonomi Digital (SAED) memainkan peranan khusus dalam memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang menjalani gaya hidup mewah tetapi tidak membayar cukai.

Beliau menjelaskan bahawa SAED memantau bahagian komen halaman media sosial yang dimiliki oleh pempengaruh dan usahawan digital yang dikenal pasti. Beliau berkata LHDN juga berdepan cabaran dalam melaksanakan kaedah pemantauan melalui media sosial, kerana ia sentiasa memantau segala dakwaan dan maklumat, sama ada fakta atau tidak pasti.

Tambahnya lagi, SAED akan menjalan tugas berdasarkan konsep Awareness, Education and Services (AES). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

Exit mobile version