Site icon TechNave BM

LHDN: Talian “hotline” Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara

Terkini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa talian perkhidmatan atau hotline khas untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ditutup sementara sehingga notis selanjutnya.

LHDN mengumumkan perkara ini melalui siarannya di laman Facebook. Talian atau hotline khas untuk BPR yang dimaksudkan adalah 1800-88-2747; ditutup sementara mulai 18 Januari 2021 sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kelak. LHDN menyarankan pengguna untuk melayari laman web rasmi BPR dan rujuk Soalan Lazim yang telah disediakan.

Sudahkah anda memohon atau mengemaskini BPR 2021? Tinggalkan komen anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: LHDN

Exit mobile version