Site icon TechNave BM

Liga Professional Mobile Legends Malaysia dan Singapura: Bang Bang kini kembali dengan hadiah berjumlah AS$100,000 (RM410,000)

Peminat Mobile Legends kini boleh membuktikan kemahiran dengan menyertai Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MLBB) musim kelima. Liga ini akan bermula pada 20 Januari 2020 hingga 2 Februari 2020.

Liga esport untuk pemain Mobile Legends ini menguji akan gamer pada peringkat kelayakan dan Musim Liga dalam talian. Kemudian, diikuti dengan acara secara langsung (live) Playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk memenangi hadiah terkumpul bernilai US$100,000 (RM410,000). Para gamer yang ingin mempertaruhkan kemahiran boleh mengisi borang pendaftaran rasmi di sini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pusingan kelayakan dan kejohanan ini, anda boleh ke Facebook MLBB. Untuk peminat di Malaysia yang ingin menonton perlawanan terakhir kejohanan ini pula, anda boleh menonton saluran secara langsung di Facebook dan YouTube MLBB pada 9 Februari 2020. Bagi peminat di Singapura pula, nantikan di saluran yang sama pada 16 Februari 2020.

Pemenang liga musim lepas: EVOS ESPORTS SG

Jom uji kemahiran anda! Adakah anda sudah mula mendaftar? Beritahu kami di Facebook dan nantikan kemas kini berita gaming melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version