Site icon TechNave BM

Lihat bagaimana fungsi Water Lock Apple Watch menghalang air masuk secara ‘slow-mo’

Mungkin ada yang sudah tahu tentang fungsi tahan air (water resistance) dan Water Lock pada Apple Watch, terutamanya pada Apple Watch Series 2 dan generasi terbaru yang telah dinaik taraf fungsinya. Namun, sejauh manakah fungsi Water Lock boleh menahan air daripada memasuki komponen Apple Watch?

Sebuah akaun di YouTube yang cukup terkenal dengan ujian peranti teknologi melalui video gerak perlahan (slow motion) telah menguji fungsi Water Lock Apple Watch. Apa yang menariknya, anda boleh melihat bagaimana Apple Watch menghalang air daripada memasuki komponen tertentu dengan jarak yang sangat dekat dan secara perlahan.

Melalui video The Slow Mo Guys, anda dapat melihat pembesar suara pada Apple Watch seperti menghasilkan getaran untuk memancutkan kembali titisan-titisan air tersebut.

Jika anda ingin menggunakan fungsi tahan air ini, anda boleh mengaktifkan fungsinya dahulu sebelum ke permukaan air. Fungsi ‘Water Lock’ ini hadir pada Apple Watch Generasi Ke-2 dan seterusnya. Anda boleh membaca maklumat mengenainya dengan lebih lanjut pada pautan ini.

Adakah anda memiliki Apple Watch dengan fungsi Water Lock? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version