Site icon TechNave BM

Lihat gambar rasmi OPPO Reno5 sebelum pelancarannya di Malaysia

Selepas pelancaran OPPO Reno5 Pro+ beberapa hari lalu, para peminat OPPO di Malaysia kini sedang menantikan pelancara siri OPPO Reno5 pula. Kini OPPO Malaysia telah pun berkongsi beberap gambar rasmi untuk telefon tersebut yang hadir dalam warna perak Galactic Silver dan hitam Starry Black.

Permukaan belakang OPPO Reno5 Galactic Silver dibuat dengan proses Diamond Spectrum, menghasilkan permukaan kusam (matte) dengan sedikit kilauan halus serta membuatkan cap jari sukar untuk melekat padanya. Untuk warna Starry Black pula, ia mempunyai permukaan yang menghasilkan sinaran pelangi apabila cahaya disuluh ke atasnya.

Siri OPPO Reno5 akan dilengkapi empat kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera mono 2MP yang dilengkapi teknologi AI Portrait Expert. Setakat ini tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum diumumkan namun kami menjangkakan ia akan dilancar dalam beberapa minggu lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OPPO Reno5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version