Site icon TechNave BM

(Dikemaskini) Lihat pandangan pertama rekaan ‘Dark Mode’ Facebook versi komputer!

Kejadian gempak ini baru sahaja terjadi – apabila laman Facebook dibuka pada komputer kami, saya telah diberi akses awal untuk paparan reka bentuk Facebook baru! Kelihatannya hanya yang terpilih sahaja dapat menikmati pengalaman ini kerana rakan sekerja yang lain masih belum mendapat akses. Jadi tanpa melengahan masa, kemungkinan ini adalah pandangan pertama reka bentuk paparan Facebook baru di komputer pada masa hadapan!

Akses awal ini muncul pada laman Facebook, menanyakan jika anda berminat untuk menyertainya. Sememangnya, tanpa berfikir panjang saya telah menyertainya. Facebook sedang membina rekaan yang ‘lebih segar dan ringkas’ seperti mod gelap, masa loading yang lebih pantas dan huruf yang lebih besar dalam paparan ringkas.

Sebenarnya, ia agak seperti aplikasi Facebook ditukarkan kepada versi komputer, tetapi rekaannya menarik. Saya telah berpeluang mengambil beberapa tangkapan skrin. Anda boleh lihat di bawah!

Beginilah undangan selepas menyertainya!
Yeayyy Mod Gelap
Di sudut kanan sebelah atas pada ‘Account’ di mana anda boleh tukar semula kepada mod klasik Facebook.
Di sebelah kiri adalah susunan paparan yang lebih ringkas untuk enjin pencarian FB, profil anda, simpanan, kumpulan dan banyak lagi. Di sisi lain, sebelah kanan adalah senarai rakan dalam Messenger (disensorkan untuk privasi :P) dan acara.
Laman profil dikemas kini dan lebih kemas berbanding sebelumnya.
Jika anda menggunakan Facebook Page, ia juga dikemas kini dan antara muka pengguna lebih lancar. Kesemua tab yang diperlukan ada disebelah kiri.
Anda juga dapat melihat Facebook versi komputer agak sama dengan versi aplikasi mudah alih. Dari kiri ke kanan sebelah atas, anda dapat lihat dengan mudah halaman utama, video, market, kumpulan dan game.
Cari barang di market lebih mudah dengan mod gelap
Update pantas terhadap apa yang terjadi dalam kumpulan anda
Sejujurnya, halaman game dengan reka bentuk yang agak radikal dan menarik. Anda juga boleh mencari penstrim FB pada game kesukaan anda

Secara peribadinya, saya amat mengalu-alukan kedatangan susunan paparan baru ini dan buat masa sekarang, saya masih belum menghadapi sebarang masalah pepijat (bug).

Untuk sesiapa yang mendapat akses awal, anda boleh memberi maklum balas di tab ‘Accounts’ pada sebelah atas kanan anda.

Kemas kini rasmi: Pengumuman daripada Facebook

Terkini, Facebook baru sahaja mengumumkan bahawa mod gelap ini akan dikeluarkan untuk semua pengguna pada bulan yang seterusnya. Untuk itu, sama-samalah kita menanti kemunculannya dan kami pastinya akan membuat berita penuh mengenainya!

Apa pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version