Site icon TechNave BM

Lin Min-Chen kini dilantik sebagai duta MSI Malaysia, tampilkan MSI Creator Z16

Li Min-Chen, pelakon Malaysia yang kreatif dan terkenal dalam industri hiburan kini merupakan Duta Jenama Malaysia untuk pelancaran MSI Creator Z16.

Sebagai seorang yang bekerjaya, komputer riba dengan prestasi tinggi, ringan dan mudah dibawa kemana-mana amatlah diperlukan. Min-Chen amat berpuas hati dengan produk yang dibintanginya, MSI Creator Z16, atas sebab perisian dan penyusunan aplikasi yang cekap dan berkesan.

MSI Creator Z16 memberi paparan 16:10 dengan bezel nipis. Berdasarkan spesifikasi skrin dan teknologi paparan True Pixel yang mengagumkan, ia merangkumi ciri-ciri seperti resolusi QHD+, gamut warna 100% DCI-P3 (Khas), menggunakan Teknologi Warna Sejati (True Colour Techology) dan Calman Color Calibration. Ia seolah-olah mewakili ‘dunia nyata’ kerana mencapai nilai tepat Delta-E < 2.

Anda pasti tidak sabar dengan keluaran MSI Creator Z16 ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MSI

Exit mobile version