Site icon TechNave BM

Lionel Messi pecahkan rekod di Instagram dengan lebih 67 juta ‘like’

Lionel Messi telah memecahkan rekod untuk kiriman gambar yang paling disukai di Instagram. Sehari selepas menjulang Piala Dunia buat kali pertama, bintang besar Argentina itu berkongsi beberapa gambar dirinya mengangkat dan mencium trofi tersebut. Sehingga hari ini, gambar itu telah mendapat lebih 67 juta suka.

Rekod sebelum ini untuk gambar Instagram paling disukai dipegang oleh Telur Rekod Dunia yang memperoleh 55.9 juta suka. Dalam catatan Instagramnya, Messi berkata bahawa beliau mengimpikan dan sangat menginginkan trofi Piala Dunia. Beliau berterima kasih kepada keluarga, penyokong dan juga kepada semua yang mempercayai beliau.

Messi menjaringkan dua gol ketika Argentina menewaskan Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia pada hari Ahad lalu. Perlawanan itu berakhir 3-3 selepas masa tambahan dengan Argentina akhirnya menang melalui penentuan sepakan penalti. Sebelum ini, Argentina telah dua kali menjulang Piala Dunia di mana kali pertama pada 1978 dan kedua ialah pada 1986.

Untuk pengetahuan, pasukan lain yang telah memenangi Piala Dunia lebih daripada tiga kali ialah Itali, Jerman dan Brazil. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Instagram

Exit mobile version