Site icon TechNave BM

Liputan 4G Malaysia sudah capai 94 peratus: Timbalan Menteri KKMM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mengatakan liputan telekomunikasi 4G di seluruh negara kini telah pun mencapai 94.03 peratus. Pencapaian ini adalah selari dengan sasaran 96.9 peratus pada akhir 2022, seperti yang telah digariskan dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai tugas masih perlu dilaksanakan seperti pembinaan menara pencawang baru terutamanya di kawasan luar bandar. Beliau juga mengatakan kerajaan akan mula menaik taraf kepada rangkaian 5G sebaik sahaja semua tempat sudah mempunyai rangkaian 4G.

Di samping pembinaan menara baru, kerajaan negeri juga perlu bekerjasama dengan para pemilik tanah bagi menyediakan lebih banyak ruang untuk menara-menara tersebut. Beliau berharap rakyat akan terus bersabar dalam peluasan rangkaian 4G dan tidak mudah menyebarkan berita palsu.

JENDELA telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meluaskan rangkaian 4G, meningkatkan kelajuan internet purata negara kepada 35Mbps dan membolehkan 7.5 juta premis untuk dapat akses kepada jalur lebar talian tetap dengan kelajuan gigabit.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malay Mail

Exit mobile version