Site icon TechNave BM

Liputan 5G di Malaysia kini cecah 85 peratus

Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Rodzi Md Saad, menyatakan capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencapai 85 peratus, sealiran dengan matlamat kerajaan untuk memajukan aspek digital negara. Ini adalah peningkatan sebanyak 5 peratus daripada bulan lalu.

Menurutnya, ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu hubungan antara telefon semata-mata, malah akan memainkan peranan dalam industri-industri besar seperti pertanian, di mana dron akan digunakan untuk memantau kualiti tanaman dan kaedah pembajaan yang berkesan.

Selain itu, dalam industri pengangkutan awam pula, rangkaian 5G akan memudahkan integrasi di antara semua bentuk pengangkutan. Sementara itu dalam segi kesihatan, doktor boleh menggunakan rangkaian 5G untuk melakukan pembedahan tanpa kehadirannya secara fizikal.

Kementerian Digital, menerusi Digital Nasional Berhad (DNB), akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan rangkaian 5G bagi mencapai sasaran pendigitalan negara. Pada April lalu, Menteri Digital YB Fahmi Fadzil mengatakan liputan 5G sudah pun mencapai 80 peratus daripada kawasan berpenduduk, namun kadar penggunaannya masih rendah iaitu setakat 36 peratus sahaja.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version