Site icon TechNave BM

Liputan rangkaian 5G kini capai 70.2% kawasan berpenduduk di Malaysia

Laporan KKD terkini mengesahkan bahawa rancangan mereka mengembangkan liputan 5G semakin hampir kepada sasaran 80%. Pada Julai, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan bahawa kira-kira 64.7% kawasan berpenduduk di Malaysia mempunyai liputan 5G. 

Peratusan tersebut telah meningkat pada minggu-minggu berikutnya walaupun nampak perlahan. Menurut Menteri KKD, Fahmi Fadzil, dianggarkan 70.2% kawasan berpenduduk di Malaysia kini diliputi rangkaian 5G. Dengan mengandaikan ia berterusan pada kadar ini, kita sepatutnya mencapai 80% menjelang akhir tahun 2023.

Walau bagaimanapun, liputan yang tinggi tidak menghasilkan lebih ramai pengguna 5G. Menteri itu berkata kadar penggunaan 5G hanya pada 7.4% daripada populasi kita setakat akhir Ogos 2023 bersamaan dengan 2.49 juta rakyat Malaysia. Terdapat dua sebab untuk kadar penggunaan 5G yang rendah. 

Fahmi mencadangkan bahawa salah satu daripadanya ialah harga peranti berkemampuan 5G. Namun, jika dilihat, kos perkhidmatan 5G juga memainkan peranan. Sesetengah perkhidmatan 5G terutamanya pelan pascabayar memerlukan bayaran tambahan selain daripada kadar bulanan sedia ada. 

Selain itu, walaupun sudah ada 5G, perkhidamatan 4G cukup pantas untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Jadi tidak ada keperluan mendesak untuk akses 5G. Akhirnya, ramai pengguna tidak merasakan keperluan mendesak untuk mereka memilih 5G.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version