Site icon TechNave BM

Logitech bekerjasama dengan Herman Miller untuk bina perabot gaming

Logitech adalah sebuah jenama yang memang terkenal dengan peralatan gaming. Dalam usaha untuk menawarkan produk yang lebih inovatif, syarikat elektronik itu akan bekerjasama dengan Herman Miller, sebuah syarikat perabot antarabangsa, untuk membina perabot gaming.

Produk tersebut akan ditujukan kepada pemain e-sukan, streamer dan gamer untuk memberikan pengalaman yang lebih selesa. Kerjasama ini akan menggabungkan produk jenama Logitech G dengan pengalaman pembuatan perabot oleh Herman Miller selama 100 tahun lebih.

Kedua-dua syarikat sudah pun memaklumkan bahawa produk pertama yang akan terhasil daripada kerjasama ini adalah sebuah kerusi gaming dan bakal dilancarkan pada musim bunga tahun ini, iaitu antara Mac dan Jun. Untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna, Logitech G sudah pun mendapatkan komen daripada pasukan e-sukan profesional yang ditaja oleh syarikat itu seperti Complexity Gaming, TSM dan NaVi.

Adakah anda merasakan kerusi gaming daripada kerjasama ini akan menjadi kerusi yang paling selesa untuk sesi gaming anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version