Site icon TechNave BM

Logo Apple pada iPhone ada fungsi lain selain tangkapan skrin

Bagi pengguna Apple, kebanyakan orang pasti sudah tahu bagaimana iPhone berfungsi dan terdapat fungsi tersembunyi. Sebagai contoh, logo Apple dibelakang iPhone sebenarnya mempunyai fungsi lain iaitu Back Tap untuk tangkapan skrin.

Berita ini pernah kecoh suatu ketika dahulu setelah Apple mengemas kini iOS beberapa tahun lalu. Back Tap bukanlah fungsi yang aktif secara lalai tetapi anda perlu pergi ke Tetapan (Settings) untuk mendayakannya. Kemudian, klik pada Kebolehcapaian (Accessibility) seterusnya, Sentuh (Touch) dan aktifkan Back Tap.

Terdapat Double Tap dan Triple Tap yang turut memberi anda beberapa pilihan jalan pintas. Namun, anda hanya boleh memilih satu fungsi sahaja untuk setiap Double Tap dan Triple Tap.

Untuk pengguna Apple baharu, kami mengharapakan artikel ini dapat membantu anda untuk fungsi tersembunyi Apple yang lain. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version