Site icon TechNave BM

Lorong tambah nilai PLUS mula ditutup pada hari ini hingga 3 Februari 2020

Terdahulu, sistem RFID telah pun dilaksanakan di kebanyakan kawasan Lembah Klang. Namun, pelaksanaan sepenuhnya akan bermula pada 1 April 2020.

Terkini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan penutupan semua lorong tambah nilai di bawah seliaannya mulai hari ini hingga 3 Februari. Penutupan lorong tambah nilai di plaza tol merupakan langkah PLUS bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tiba.

Apa pun, anda tidak perlu bimbang kerana terdapat lebih kurang 11,000 pusat tambah nilai Touch ‘n Go termasuk stesen minyak yang terpilih. PLUS menjangkakan dua juta kenderaan bakal menggunakan lebuh raya PLUS pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

Anda dinasihatkan menambah nilai Touch ‘n Go anda dan yang seangkatan dengannya untuk mengelakkan keributan di lebuh raya. Rancang perjalanan anda dengan selamat. Beritahu kami destinasi perjalanan anda di laman Facebook. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version