Site icon TechNave BM

Lotus Emira i4 First Edition rasmi di Malaysia, harga istimewa RM998,800

Lotus Cars Malaysia, pemegang tunggal francais kenderaan Lotus di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model Emira i4 First Edition dengan enjin 2.0 liter kini sudah dibuka untuk tempahan pada harga istimewa iaitu RM998,800 di atas jalan termasuk cukai.

Tawaran eksklusif untuk model Lotus terakhir yang dikuasakan oleh enjin ICE (Internal combustion engine) itu hanya sah untuk kenderaan tahun 2023 sebelum harga sebenar digunakan iaitu RM1,095,000 di Semenanjung Malaysia dan RM509,000 di Langkawi.

Enjin empat silinder paling berkuasa daripada Lotus, jentera dengan konfigurasi enjin tengah dua tempat duduk itu mendapat prestasi luar biasa daripada enjin aluminium 2.0 liter turbo yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar (DCT) lapan kelajuan automatik yang diambil daripada Mercedes-AMG.

Pembangunan tambahan yang dilakukan oleh Lotus termasuklah sistem pengambilan udara dan ekzos baharu. Tidak ketinggalan satu kaliberasi khas untuk dipadankan dengan pemetaan penukaran gear baharu yang membolehkan enjin Emira i4 menjana kuasa sehingga 360bhp pada 6,600rpm dan tork 430Nm pada 3,000-5,500rpm.

Emira i4 bukan sahaja menyerlah dari segi prestasi, tetapi ia juga mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa 4.4 saat dan pecutan maksimum 290km/j. Penghantaran pertama dijangka tiba pada November tahun ini. Bagi yang berminat untuk melihat Emira i4, anda dijemput datang ke Lotus Store di Level 3, Pavilion Kuala Lumpur.

Spesifikasi lengkap Lotus Emira i4 First Edition:

Lotus Emira i4 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun dan perbatuan tanpa had. Maklumat lanjut mengenai Lotus, sila layari laman laman rasmi di sini atau ikuti saluran media sosial Facebook, Instagram dan YouTube Lotus Cars Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

Exit mobile version