Melalui acara pelancaran hari ini, Apple turut memperkenal Mac mini baharu dengan janaan prestasi cip M1. Peranti yang menjadi pusat janaan komputer anda ini hadir dengan rekaan kompak seperti generasi dahulu, tetapi dengan naik taraf prestasi yang baik.
Menurut Apple, Mac mini tampil dengan prestasi CPU 3x lebih pantas dan grafik 6x lebih pantas berbanding model terdahulu. Dengan 16 teras Neural Engine pada cip M1 yang menjana Mac mini, ia memberi prestasi pembelajaran mesin (ML) 15x lebih baik seperti kelajuan menganalisis pengeditan video, pengecaman seuara, pemprosesan imej dan banyak lagi. Anda boleh menyemak spesifikasi asas Mac mini seperti di bawah.
- Cip Apple M1
- RAM 8GB (boleh ditambah sehingga 16GB)
- Storan SSD 256GB/512GB (boleh ditambah sehingga 2TB)
- Sokongan paparan video sehingga 6K 60Hz melalui sambungan Tunderbolt, 4K 60Hz melalui HDMI 2.0
- Menyokong sehingga 6K Pro Display XDR
- Port tersedia: Bicu audio 3.5mm, Ethernet, 2x Thunderbolt/USB 4, HDMI 2.0, 2x USB-A
- Sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.0 dan Ethernet
- Dioperasikan macOS
Untuk pengetahuan anda, Mac mini turut menyokong aplikasi iPhone dan iPad. Melalui laman web Apple Malaysia, Mac mini varian 256GB tersedia dengan harga RM2,999, manakala varian 512GB berharga RM3,799.
Adakah anda berminat dengan Mac mini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

