Site icon TechNave BM

Mac Studio baharu yang direka di Amerika Syarikat akan dihasilkan di Malaysia

Apple telah memperkenalkan Mac Studio ketika acaranya pada 8 Mac lepas. Ia hadir dengan cip Apple M1 Ultra yang menawarkan kuasa sehingga 80% lebih tinggi berbanding Macbook Pro.

Ia kelihatan seperti versi Mac Mini tetapi dengan beberapa ciri tambahan, berprestasi tinggi dan lebih tebal. Mengejutkan, Mac Studio baharu dan Mac Mini dibuat di Malaysia. Walaupun ia dibuat di Malaysia, ia masih direka oleh Apple di California, Amerika Syarikat. Sebelum ini, hanya beberapa model Mac Mini dihasilkan di Malaysia dan selebihya di China. 

Jika anda berminat untuk membeli Mac Studio baharu, ia berharga RM8,799 yang membawa pilihan cip M1 Max atau M1 Ultra. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version