Site icon TechNave BM

MacBook 12 inci akan menjadi peranti pertama Apple dengan CPU ARM

Berdasarkan sumber terkini, komputer riba paling kecil dari keluarga MacBook iaitu MacBook 12 inci bakal dilancarkan pada tahun ini dengan cipset ARM keluaran Apple sendiri. Hal ini masuk akal kerana komputer riba Macbook 12 inci sebelum ini menggunakan cipset siri Y dari Intel yang berkuasa rendah sahaja.

Sumber itu juga menyatakan bahawa cipset terbaru Apple, chipset A14 Bionic yang bakal digunakan pada telefon pintar siri iPhone 12 akan juga diletakkan pada tablet iPad terbaru dan Macbook 12 inci sebagai A14X Bionic.

Jika benar hal ini akan berlaku, ia pastinya akan menaikkan prestasi MacBook dan juga akan memanjangkan hayat bateri komputer riba itu sehingga 20 jam penggunaan dengan bateri yang penuh.

Senarai cipset yang akan digunakan pada peranti terbaru dari Apple

Bagaimana dengan berita terbaru mengenai cipset komputer riba dari Apple ini? Nantikan pelancaran produk terbaru Apple tidak lama lagi di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version