Site icon TechNave BM

MacBook Air 15 inci mungkin akan dilancar dalam masa terdekat

Sejak sekian lama, Apple dikhabarkan bakal melancarkan sebuah komputer riba nipis MacBook Air berukuran 15 inci, iaitu MacBook Air pertama yang dilancarkan dalam saiz tersebut. Kini, produk itu dikatakan bakal dilancar tidak lama lagi dan kini sedang menjalani beberapa ujian kesesuaian (compatibility test) dengan aplikasi pihak ketiga daripada App Store.

Menurut catatan pembina yang dikongsi bersama Bloomberg, MacBook Air 15 inci ini akan dilengkapi cip M2 dan bukannya M3. Cip ini mempunyai CPU lapan teras dan GPU 10 teras, serta bakal dipadankan dengan RAM 8GB.

MacBook Air 15 inci ini juga dikhabarkan bakal dilengkapi skrin yang sama dengan MacBook Pro 14 inci. Jika benar, ini bermaksud skrin MacBook Air 15 inci akan mengalami ketajaman yang lebih rendah kerana ia terpaksa dibesarkan daripada saiz 14 inci.

Pengkhabar berita teknologi Mark Gurman berkata MacBook Air 15 inci itu mungkin akan dilancar pada tahun ini atau awal tahun hadapan. Selain komputer tersebut, Apple dikhabarkan bakal melancarkan MacBook Air 13 inci terbaru, MacBook Pro 13 inci serta kemas kini baharu untuk iMac dan Mac Pro 24 inci.

Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bloomberg

Exit mobile version