Site icon TechNave BM

MacBook Air dilancar: Cip M1, Touch ID, bateri tahan hingga 18 jam, harga bermula RM4,399

Terkini, Apple telah melancarkan MacBook Air 13 inci terbaru untuk pasaran komputer riba. MacBook Air dilihat masih kekal dengan reka bentuk nipis, tetapi dengan janaan pemproses atau cip yang lebih berprestasi berbanding generasi dahulu.

Seperti yang anda lihat, rekaannya tidak mempunyai perbezaan ketara, tetapi prestasinya menjangkaui prestasi model terdahulu. Menurut Apple, MacBook Air baharu ini hadir dengan sokongan jangka hayat bateri yang lebih baik. Ia boleh memainkan video atau filem secara berterusan selama 18 jam dan anda boleh melayari internet sehingga 15 jam.

Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Tambah Apple, MacBook Air baharu ini boleh menguruskan tugasan grafik berat seperti pada perisian iMovie atau Final Cut Pro dengan lebih pantas. Pengguna juga boleh mengedit dan memainkan beberapa video beresolusi 4K ProRes melalui Final Cut Pro tanpa masalah skrin (frame jatuh).

Melalui laman web Apple Malaysia, MacBook Air dengan SSD 256GB boleh didapati dengan harga RM4,399, manakala varian SSD berharga RM5,399.

Adakah anda berminat dengan MacBook Air baharu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version