Site icon TechNave BM

MacBook dengan paparan boleh lipat dijangka dilancar pada 2026

Baru-baru ini, penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo berkata MacBook dengan skrin boleh lipat bersaiz 18.8 inci atau 20.2 inci akan dilancarkan pada 2026. Sumber lain juga mengatakan bahawa peranti itu sememangnya akan menampilkan skrin dalam julat ukuran 18.8 inci.

MacBook 2026 akan dilengkapi dengan paparan 18.76 inci dan bukannya paparan 20.25 inci atas sebab kos. Dalam keadaan terlipat, Kuo berkata MacBook 18.8 inci akan mempunyai saiz yang serupa dengan MacBook 13 inci atau 14 inci standard.

Dijangkakan bahawa MacBook dengan skrin boleh lipat akan menampilkan reka bentuk semua skrin dengan papan kekunci maya tetapi butiran reka bentuk yang tepat masih belum didedahkan. Kuo berkata Apple menyasarkan untuk menjadikan skrin boleh lipat yang lebih kukuh dan boleh menyebabkan peranti itu hampir sama mahalnya dengan set kepala Apple Vision Pro.

Tambahnya, MacBook dengan skrin boleh lipat akan dilengkapi dengan cip M5 generasi akan datang yang masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan kemunculan MacBook 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mac Rumors

Exit mobile version