Site icon TechNave BM

MacBook Pro 13 inci dilancar: Cip M1, Touch Bar, bateri tahan hingga 20 jam bermula RM5,599

Selain MacBook Air dan Mac mini, Apple turut melancarkan MacBook Pro 13 inci baru di pasaran global. MacBook Pro baharu ini turut dijana cip Apple Silicon pertama, cip M1 yang memberi prestasi lebih mantap berbanding model generasi sebelumnya.

Untuk pengetahuan anda, MacBook Pro 13 inci ini hadir dengan prestasi CPU 2.8x lebih baik dan grafik 5x lebih lancar. Neural Engine berteras 16 pula menghasilkan pembelajaran mesin 11x lebih baik. Ia turut dilengkai Touch Bar dan sistem kipas penyejukan aktif.

Menurut Apple, MacBook Air 13 inci dengan janaan cip M1 ini memiliki jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 20 jam untuk tayangan video, manakala 17 jam untuk paparan melayari web. Hasil jangka hayat bateri ini adalah yang paling lama dalam sejarah peranti Mac.

Anda boleh menyemak spesifikasi asas MacBook Air 13 seperti di bawah.

Melalui paparan di laman web Apple Malaysia, MacBook Pro 13 inci boleh mula didapati pada harga RM5,599 untuk varian 256GB, manakala RM6,399 untuk varian 512GB.

Adakah anda berminat dengan MacBook Pro 13 inci? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version