Site icon TechNave BM

macOS Sonoma hadir dengan Mod Permainan dan widget desktop baharu

Dalam persidangan Worldwide Developers Conference (WWDC) 2023, Apple turut melancarkan versi terkini OS untuk desktop iaitu macOS Sonoma yang membawakan widget desktop baharu. Sambungan kepada iPhone memindahkan widget iOS sedia ada ke Mac selagi kedua-dua peranti disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama.

Presenter Overlay ialah ciri baharu untuk aplikasi persidangan video yang dikuasakan oleh Enjin Neural dalam cip silikon Apple. Ia membolehkan pengguna berkongsi dokumen pada desktop anda untuk dilihat oleh orang lain sambil mengekalkan wajah anda pada kamera. Ciri ini juga mempunyai kesan AR dan Reaksi Video semasa panggilan serta Apple berkata semua ciri ini akan berfungsi pada mana-mana aplikasi persidangan video.

Mod permainan akan mengutamakan akses permainan kepada sumber CPU dan GPU pada Mac yang dikuasakan oleh cip silikon Apple untuk prestasi yang lebih baik. Kependaman audio dengan AirPods dikurangkan dengan ketara dan kependaman input pengawal Bluetooth seperti pengawal Xbox dan PlayStation kini menampilkan kadar pensampelan Bluetooth dua kali ganda lebih respon.

Safari mempunyai ciri kata laluan keluarga dan profil penyemakan imbas web berdasarkan topik di atas ciri privasi dan kebolehaksesan baharu. Ciri lain yang terdapat pada MacOS Sonoma termasuk autopembetulan, kemas kini peringatan untuk senarai barangan keperluan pintar, suntingan mudah PDF dan imbasan dokumen yang dipertingkatkan dalam aplikasi Nota.

Beta pembangun macOS Sonoma tersedia mulai hari ini dan beta awam akan disediakan bulan depan. macOS Sonoma dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada September ini. Kongsi pendapat anda tentang cip ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Apple

Exit mobile version