Site icon TechNave BM

MagDart akan mengecas 440% lebih pantas dari MagSafe!

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa realme akan memperkenalkan pengecasan wayarles magnetik pada 3 Ogos ini. Terbaru, CEO realme India, Madhav Sheth telah mengacah dua gambar di laman Twitternya mengenai pengecas wayarles magnetiknya.

Berdasarkan gambar tersebut, pengecas wayarles magnetik MagDart dari realme ini mampu berikan pengecasan 440% lebih pantas berbanding pesaingnya. realme tidak menyebut mengenai MagSafe, namun buat masa ini hanya Apple sahaja yang menawarkan teknologi ini, jadi ia sememangnya merujuk kepada mereka.

Pada masa yang sama, realme juga memberitahu bahawa pengecas mereka hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis.

Kelajuan pengecasan 440% lebih pantas merujuk kepada pengecasan wayarles 66W. Namun, kami menjangkakan ia tidak akan hadir dengan reka bentuk yang lebih nipis dari MagSafe. realme dijangka akan melancarkan dua model MagDart, satu yang bersaiz besar untuk pengecasan 66W dan satu lagi seakan-akan MagSafe dengan kelajuan yang rendah.

Peranti MagDart ini mungkin akan memberikan kejayaan yang besar pada realme kerana mereka adalah syarikat Android yang pertama dengan teknologi ini.

Nantikan berita lanjut mengenai pelancaran MagDart pada 3 Ogos ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version