Site icon TechNave BM

MagDart Wallet tertiris dalam talian, aksesori magnetik untuk realme Flash

Sebelum ini, kami melaporkan mengenai kelajuan pengecasan yang ditawarkan oleh realme MagDart, sebuah pengecas wayarles magnetik seakan MagSafe dari Apple. Kini, aksesori magnetik MagDart Wallet pula telah tertiris dalam talian dan ia dilihat dilekatkan pada telefon pintar realme Flash.

MagDart Wallet ini adalah sebuah dompet yang diperbuat daripada kulit vegan dan boleh memuatkan tiga kad kredit.

Berbeza dengan dompet magnetik Apple, ia hadir dengan tongkat aluminium yang boleh memegang peranti ini secara mengiring atau berdiri.

Dompet ini dilihat hadir dengan warna putih (mungkin juga warna lain) dan direka khas untuk telefon pintar realme Flash yang mempunyai magnet di panel belakangnya.

Apa pun nantikan pelancaran realme Flash, pengecas wayarles MagDart dan aksesori magnetik lain pada 3 Ogos ini.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version