Site icon TechNave BM

Mahir dalam reka bentuk? NASA inginkan rekaan anda untuk rover yang bakal menerokai planet Zuhrah

Penerokaan planet telah bermula sejak dahulu lagi. Namun, kemahiran netizen yang berkembang seriring dengan arus teknologi mungkin membuatkan NASA ingin menggalakkan orang awam untuk mengambil bahagian dalam projeknya. Terkini, NASA memerlukan bantuan anda untuk mereka sebuah rover yang boleh bertahan di muka planet Zuhrah, sekaligus dapat mengelak pelbagai halangan di muka planet tersebut.

Projek ini merupakan projek NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL), dibawah geran program NASA Innovative Advanced Concepts (NIAC) program untuk mengkaji konsep misi pulang ke permukaan Zuhrah, yang dikenali sebagai Automaton Rover for Extreme Environments (AREE). Dengan ini, rover tersebut haruslah dapat bertahan dalam syarat keadaan sebenar di planet kedua yang jauhnya dari matahari, Zuhrah.

Sepintas lalu mengenai keadaan di planet tersebut, suhu permukaannya adalah lebih kurang 450°C , tekanan 92 kali ganda berbanding Bumi, kelajuan angin 0.3 hingga 1.3 meter sesaat dan panjang sehari Zuhrah bersamaan dengan 116 hari di Bumi.

Untuk menyertai cabaran ini, anda boleh klik ke capaian ini dan seterusnya klik pada bar ‘ACCEPT CHALLENGE’. Apa pun, anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat dahulu. Adakah anda ingin mereka rover untuk planet Zuhrah? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber: Herox melalui BGR

Exit mobile version