Site icon TechNave BM

Mahkamah India putuskan penutupan internet di Kashmir salah di sisi undang-undang

Mahkamah Tinggi (Supreme Court) India memutuskan bahawa penutupan perkhidmatan internet di wilayah bergolak Kashmir yang telah diarahkan oleh kerajaan India sejak Ogos lalu adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Hakim mahkamah N.V Ramana mengatakan bahawa arahan oleh kerajaan itu menyalahi undang-undang telekomunikasi negara tersebut yang menjamin kebebasan terhadap perkhidmatan internet sebagai satu hak asasi.

Kerajaan India bertindak menutup perkhidmatan internet di Kashmir selepas mereka mengambil keputusan kontroversi untuk menarik hak autonomi khas daripada wilayah tersebut pada Ogos tahun lalu. Mereka menegaskan bahawa penutupan itu adalah perlu untuk mengawal situasi di Kashmir yang huru-hara berikutan penarikan hak autonomi wilayah itu.

Namun, rakyat Kashmir terus merana berikutan penutupan internet di wilayah tersebut. Mereka tidak dapat menghubungi ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang berada di luar. Manakala syarikat-syarikat tempatan yang bergantung pada dagangan di sekitar India juga menghadapi kesusahan dan mengalami kerugian besar kerana kesusahan untuk berkomunikasi.

Teruskan bersama Facebook kami dan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita-berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version