Site icon TechNave BM

Main PUBG secara percuma di Steam bermula sekarang hingga 8 Jun ini

Tajuk berita ini sebenarnya telah memberitahu segalanya. PUBG telah mengumumkan melalui laman Twitternya bahawa game tersebut boleh dimainkan secara percuma di Steam sekarang!

Untuk pengetahuan anda, peluang bermain PUBG secara percuma di Steam ini telah bermula pada 4 Jun 2020 dan akan berakhir pada 8 Jun 2020. Bukan sekadar pengalaman bermain secara percuma, anda boleh mendapatkannya dengan separuh harga (50% diskaun) jika anda merancang untuk membeli game ini di Steam dalam tempoh seperti yang dinyatakan.

Untuk pemain PlayStation 4 pula, anda juga boleh mendapatkan PUBG dengan separuh harga pada waktu tertentu mengikut zon negara bertarikh 3 Jun 2020 hingga 16 Jun 2020.

Sebarkan berita ini kepada rakan anda yang belum membeli PUBG di Steam atau PlayStation 4! Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PUBG

Exit mobile version