Site icon TechNave BM

Majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera kini boleh dibaca dalam laman web DBP

Sempena kedatangan tahun baru, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini sudah melancarkan dua majalah popularnya, Dewan Bahasa dan Dewan Sastera, dalam versi digital di laman webnya.

Pembaca boleh mengakses edisi Januari 2020 buat kedua-dua majalah tersebut secara percuma. Masih belum ada sebarang maklumat jika DBP akan menjual majalah tersebut dalam internet atau membuka sebarang skim langganan secara digital pada masa akan datang.

Pembaca juga boleh mencetak majalah digital tersebut atau menyimpannya dalam format PDF untuk bacaan di luar talian. Isu digital ini dilancarkan selepas kedua-dua majalah tersebut tidak lagi dicetakkan dalam bentuk majalah bermula Disember 2019, menurut NST.

Adakah anda mengharapkan siri majalah Dewan yang lain seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan lain-lain untuk dibawa ke dalam laman web DBP? Kongsikan harapan anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka | Amanz

Exit mobile version