Site icon TechNave BM

Majlis Konvokesyen UiTM guna teknologi skrin hijau, ramai pelajar tidak setuju

Memandangkan pelbagai organisasi sudah mula menerapkan norma baharu, institusi di seluruh dunia turut cuba mengikuti langkap penerapan norma baharu. UiTM kini tampil dengan cadangan kreatif dengan mengetengahkan Majlis Konvokesyen menggunakan teknologi skrin hijau.

Untuk pengetahuan anda, teknologi skrin hijau ialah sejenis teknologi penggambaran yang membenarkan dua gambar berlainan ditindan menjadi satu lapisan gambar baharu dengan kewujudan kesemua elemen dalam dua gambar tersebut.

Idea bernas dari UiTM ini membenarkan pelajar yang bakal bergraduasi untuk mempunyai gambar graduasi sekaligus tidak perlu menunggu tarikh Majlis Konvokesyen yang ditunda. Namun, rata-rata pelajar di internet meluahkan rasa kesal mereka. Malah, ada yang sanggup menunggu sehingga Majlis Konvokesyen boleh berlangsung semula.

Apa pun, ada juga pelajar yang menyokong cadangan ini memandangkan ianya merupakan cadangan yang baik. Apakah pandangan anda pula sebagai warganet atau pelajar UiTM sendiri?

Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: UiTM

Exit mobile version