Site icon TechNave BM

Majoriti berita palsu libatkan Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Sara Hidup & pelbagai agensi kerajaan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengatakan bahawa majoriti berita palsu yang menular di kalangan rakyat melibatkan penipuan bantuan kewangan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Menurut data yang dikumpul sejak 2017, 37% daripada maklumat palsu adalah melibatkan topik itu dan lain-lain agensi kerajaan, di mana penyebar berita palsu menggunakan akaun media sosial samaran.

Berita palsu melibatkan aktiviti jenayah merupakan kedua tertinggi, dengan 14%. Ini termasuklah berita tentang scam, penculikan dan penyeludupan organ manusia. Selain itu, berita palsu tentang isu kesihatan seperti COVID-19 dan SARS juga merekodkan peratus yang sama iaitu 14%.

Lain-lain aspek berita palsu yang sering ditularkan adalah status makanan halal, pencemaran makanan, produk tidak berdaftar, kosmetik tidak diiktiraf, kemasukan pendatang tanpa izin dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam pada itu, SKMM mengatakan orang awam perlu bergantung pada sumber informasi yang sudah disahkan dan boleh dipercayai.

Rakyat boleh layari laman web Sebenarnya.my untuk semak kesahihan sebarang maklumat tular. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk bertia teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version