Site icon TechNave BM

Maklumat bocor: Penjualan PlayStation 5 dijangka awal?

Peminat konsol keluaran Sony iaitu Playstation pastinya menantikan versi terkini konsol berkenaan, namun agak menghampakan apabila Sony tidak akan mengeluarkannya dalam masa terdekat malah dijangka akan berada di pasaran pada akhir tahun 2020.

Difahamkan, Sony dijangka mengumumkan pengeluaran konsol terbaru mereka yang bakal menggantikan Playstation (PS4) pada 2020 dan tindakan itu juga dibuat kerana Sony mahu melihat prestasi XBOX terlebih dulu. Belum sempat Sony ingin mengumumkan secara rasmi, kebocoran maklumat tentang Playstation 5 (PS5) dan XBOX di kalangan pengguna Twitter beberapa minggu lalu turut menjangkakan Sony akan melancarkan preorder lebih awal daripada itu.

Menurut akaun twitter PlayStation, DualShock 5 akan diumumkan pada suku pertama tahun 2020 berkemungkinan pada bulan March, manakala PS5 akan memulakan preorder di seluruh dunia tidak lama selepas itu.

Memandangkan begitu banyak produk baru yang dilancarkan pada suku akhir terutamanya musim cuti pada setiap tahun, tidak mustahil bagi Sony untuk memulakan penjualan PS5 secara preorder lebih awal untuk menjamin penjualan konsol dengan baik sebelum hujung tahun 2020.

Peminat game pastinya tidak sabar menunggu kemunculan PS5 tahun depan. Beritahu kami pengalaman anda di laman Facebook. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BGR

Sumber: Harian Metro |  Muhammad Saufi

Exit mobile version