Site icon TechNave BM

Maklumat iOS 14 bocor, beri pratonton kebolehan ‘multitasking’ dalam iPhone 12

Sebarang kemas kini yang besar terhadap iOS mungkin akan datang dengan lebih lama lagi, tetapi kini kita sudah pun dapat sedikit maklumat tentang iOS 14 dan bagaimana ia akan diimplementasikan dalam iPhone 12. Menurut Ben Geskin, beliau memuat naik sebuah video di Twitter menunjukkan kebolehan iOS 14 untuk mengoperasi pelbagai aplikasi serentak (multitasking) seperti yang terdapat dalam iPadOS.

Ben turut memuat naik sebuah tetapan untuk Multitasking Switcher Page yang memberikan pilihan susunan (layout) aplikasi dalam skrin: Automatic, Deck Switcher, Grid Switcher dan Minimum Viable Switcher.

Ben menegaskan bahawa ini hanyalah versi awal iOS 14. Mungkin ini adalah langkah yang betul buat iPhone kerana skrin telefon itu menjadi lebih besar dalam setiap generasi baru dan tentunya ciri multitasking ini akan memanfaatkan skrin yang besar itu.

Apakah pendapat anda tentang maklumat iOS ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91mobiles

Exit mobile version