Site icon TechNave BM

Maklumat lengkap siri iPhone 12 tertiris, harga serendah ~RM2,899

Beberapa hari sebelum acara pelancaran telefon siri iPhone 12, sebuah sumber dari media sosial Weibo telah memuat naik informasi lengkap yang mungkin akan hadir pada setiap model siri iPhone 12 termasuklah harga dan tarikh keberadaan telefon itu.

Berikut adalah informasi penuh mengenai semua model siri iPhone 12:

iPhone 12 mini (5.4 inci)

iPhone 12 (6.1 inci)

iPhone 12 Pro (6.1 inci)

iPhone 12 Pro Max (6.7 inci)

Berdasarkan sumber, keempat-empat model iPhone 12 ini bakal hadir dengan paparan Super Retina XDR OLED dan kaca skrin “Ceramic Shield” yang lebih kukuh. Semua model iPhone 12 ini dikatakan mampu untuk merakam video Dolby Vision yang menawarkan julat dinamik (Dynamic range) yang lebih tinggi.

Tambahan lagi, semua model iPhone 12 juga akan menyokong 5G ,namun hanya model untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja akan menyokong jalur mmWave 5G yang lebih pantas. Barisan telefon ini juga dikatakan bakal hadir dengan ciri “Smart Data Mode” yang menukarkan antara 4G dan 5G bergantung pada jalur lebar pengguna untuk menjimatkan kuasa telefon.

Untuk fotografi pula, terdapat juga penambahbaikan pada mod malam dan Deep Fusion. Model iPhone 12 Pro Max akan hadir dengan sensor yang 47% lebih besar berbanding iPhone 12 Pro dan juga hadir kebolehan istimewa “Expansive” super lebar.

Perlu diingatkan, semua butiran ini hanyalah dari sumber yang tidak rasmi dan mungkin berbeza dengan produk yang sebenar. Nantikan pelancaran produk Apple secara rasmi pada 14 Oktober ini.

Adakah anda bakal membeli telefon iPhone 12 ini? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : MacRumors

Exit mobile version