Motorola mungkin akan melancarkan telefon pintar Moto G 5G dalam masa terdekat selepas Moto G 5G Plus dilancarkan pada Julai lalu. Telefon yang diberi nama awal “Kiev” itu akan dilengkapi cipset 5G kelas pertengahan terbaru daripada Qualcomm, Snapdragon 750G, yang baru dilancar pada bulan September.
Di samping itu, beberapa maklumat awal turut menyatakan bahawa Moto G 5G akan dilengkapi srkin AMOLED berukuran 6.66 inci dengan resolusi Full HD+, bateri 5,000mAh, RAM 6GB, storan 128GB dan sokongan NFC. Daripada segi kamera, telefon ini mungkin akan mempunyai tiga kamera di belakang termasuklah kamera utama 48MP, kamera telefoto 8MP serta sensor kedalaman 2MP.
Ia juga mungkin akan mempunyai butang khas untuk Google Assistant. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon Moto 5 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Twitter

