Site icon TechNave BM

Maklumat terbaru daripada syarikat telko AS: iPhone 12 mungkin dilancar pada Oktober

Apple Event telah pun disahkan bahawa ia akan dianjur pada 15 September ini namun terdapat laporan mengatakan iPhone 12 tidak akan diperkenalkan dalam acara tersebut. Kini maklumat terbaru mengatakan telefon pintar tersebut mungkin akan dilancar pada bulan Oktober.

Menurut gambar terbaru yang dimuat naik oleh Evan Blass, iPhone 12 akan dilancar sekitar 20 Oktober. Gambar tersebut diberikan oleh sebuah syarikat telekomunikasi di Amerika Syarikat yang menawarkan pelan pra-pesan khas untuk telefon tersebut. Selain itu, gambar itu juga mengesahkan sokongan 5G yang terdapat dalam iPhone 12.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Apple Event pada 15 September hanya akan memfokuskan pada tablet iPad dan jam tangan Apple Watch 6 Series sahaja. Kekangan terhadap proses pengilangan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 telah menyebabkan penangguhan iPhone 12 ke bulan Oktober. Jika ini benar, ini membuatkan kali pertama iPhone tidak diketengahkan dalam sebuah acara Apple.

Bilakah agaknya iPhone 12 akan dilancar? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version