Site icon TechNave BM

Maklumat terbaru mengatakan Redmi Note 10 akan dilengkapi Snapdragon 732G

Siri Redmi Note 9 merupakan siri telefon pintar kelas pertengahan yang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna, jadi tidak hairan jika ramai yang menanti-nantikan kedatangan siri Redmi Note 10 pada masa akan datang. Terbaru, sumber mengatakan Redmi Note 10 bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 732G dan cip yang memberi sokongan 5G.

Selain itu, Note 10 akan dilengkapi skrin LCD 6.67 inci dengan resolusi 2400×1080, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 240hz dan kamera swafoto punch hole. Ia akan dilengkapi RAM 8GB dan sistem operasi Android 10.

Namun ini masihlah maklumat yang belum dipastikan. Sebelum ini, Note 10 dikatakan akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 820 atau 720. Di samping itu, rupanya juga telah didedahkan terlebih dahulu.

Cipset manakah yang anda rasakan akan dilengkapi dalam Redmi Note 10? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version