Site icon TechNave BM

Malaysia akan sediakan 5G pada tahun 2022 atau 2023, utamakan kesalinghubungan

Melalui persidangan di Dewan Rakyat hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diwakili Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa Malaysia akan menyediakan 5G pada hujung tahun 2022 atau awal tahun 2023. Melalui hasrat pengenalan 5G ini, kesalinghubungan dan ketersediaan rakyat terhadap 5G diberi keutamaan.

Menteri KKMM menyatakan bahawa pelaksanaan projek rangkaian 5G ini diukur dari segi kesalinghubungan, ketersediaan rakyat untuk menerima 5G, ketersediaan industri dan ketersediaan kawal selia. Projek rangkaian 5G ini adalah salah satu sasaran dalam Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Mengenai kesalinghubungan, beliau menambah bahawa tidak guna kalau kita ada 5G di sesetengah kawasan, tetapi di kawasan pedalaman dan luar bandar, 4G pun tidak ada dan sebagainya. Aspek ketersediaan adalah penting untuk mengelakkan jurag digital bentuk baru berlaku.

Dijangkakan, 70% penggunaan 5G adalah dalam kalangan industri, manakala 30% dalam kalangan rakyat biasa.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version