Site icon TechNave BM

Malaysia anjur Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025, fokus nilai dan inovasi serantau

Malaysia membuka persidangan ASEAN AI Malaysia Summit 2025 (AAIMS25) di MITEC dengan menghimpunkan lebih 1,500 peserta dari seluruh rantau bagi membincangkan pembangunan AI yang mampan dan inklusif. Acara dua hari di bawah Pengerusi ASEAN Malaysia ini dianjurkan Kementerian Digital bersama NAIO dan MyDIGITAL.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan AI perlu dibangunkan berlandaskan nilai Asia Tenggara dan digunakan untuk memacu pertumbuhan inklusif. Beliau merujuk kepada Rangka Kerja AI Nation dalam RMK13 (2026–2030) yang berasaskan lima teras iaitu dasar dan peraturan AI, pembangunan bakat, infrastruktur data, kepercayaan digital serta pelaburan strategik.

Turut diumumkan ialah ILMU iaitu model bahasa besar buatan tempatan oleh YTL AI Labs dan Universiti Malaya. Dasar Pengkomputeran Awan Nasional (NCCP) untuk menyokong inovasi, kecekapan dan ketahanan ekonomi digital melalui pendekatan “Cloud-First” turut diumumkan. Pengumuman penting di AAIMS25 termasuk:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version