Site icon TechNave BM

Malaysia antara 20 negara di dunia dengan panggilan video berkumpulan tak memuaskan

Baru-baru ini, firma penilai syarikat telekomunikasi antarabangsa Opensignal telah mengeluarkan laporan terbaru untuk tahun 2020 mengenai analisis pengalaman panggilan video berkumpulan mudah alih.

Opensignal telah menjalankan kajian ke atas 75 negara di seluruh dunia mengenai pengalaman panggilan video berkumpulan di telefon pintar pada tahun 2020. Laporan ini menganalisis dengan skala 0-100 poin di mana semakin tinggi poin, semakin baik juga pengalaman pengguna lain dalam sesebuah panggilan video berkumpulan.

Malaysia tidak tergolong dalam 10 negara terendah yang memiliki pengalaman panggilan video berkumpulan baik, tetapi berada pada kedudukan ke 20 dari bawah. Dengan markah 24.7, Malaysia masih mengatasi negara lain seperti Pakistan, Bangladesh, India, Sri Lanka dan Cambodia. Apa pun, negara jiran seeprti Singapura dilihat mempunyai pengalaman panggilan video berkumpulan mudah alih yang baik pada kedudukan kelima teratas. Anda boleh lihat laporan keseluruhan di sini.

Adakah pengalaman panggilan video berkumpulan anda baik, sama ada untuk kelas dalam talian mahupun mesyuarat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version