Site icon TechNave BM

Malaysia antara negara yang lemah daripada segi keselamatan siber di dunia

Laporan terbaru menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara Asia teratas yang tidak selamat untuk keselamatan siber. Maklumat ini adalah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Reboot Digital PR Services yang berpangkalan di UK. Malaysia berada di kedudukan ketiga lebih selamat sedikit berbanding Cyprus dan Indonesia.

Malaysia memperoleh skor risiko keselamatan siber keseluruhan sebanyak 79.9% disebabkan oleh 1,557 komputer yang terjejas dan 900 tapak pengehosan perisian perosak. Indonesia dan Cyprus adalah negara yang paling tidak selamat untuk keselamatan siber di dunia. Mereka memperoleh skor risiko siber sebanyak 82.8%.

Ramai menganggap bahawa Indonesia sebagai salah satu tempat terbaik daripada segi perjalanan dan bekerja dari jauh. Bali dan Jakarta adalah antara destinasi pelancongan paling terkenal di dunia tetapi sebelum berpindah ke sana, anda harus berfikir dua kali.

Nepal menduduki kedudukan keenam dengan skor 73.3% dan mempunyai purata muat turun tertinggi daripada semua negara yang dianalisis. Filipina memperoleh skor 62.7% dan Thailand 61.8% dengan menduduki tempat kesembilan dan kesepuluh. Markah risiko siber mereka adalah sekitar 60%.

Di Asia, tidak ada negara yang mampu bersaing dengan Korea Selatan daripada segi keselamatan siber. Ia mempunyai skor risiko siber hanya 19.8% manakala Jepun 21.8% dan Lubnan 29.3%.

Para penyelidik menganalisis landskap ancaman siber dalam setiap negara dengan mempertimbangkan kelaziman pancingan data dan perisian perosak bersama-sama dengan rangkaian botnet. Setiap statistik yang dikumpul di atas diambil berdasarkan setiap 100,000 URL kecuali keputusan komputer yang terjejas diperoleh bagi setiap 100,000 pengguna internet.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version