Site icon TechNave BM

Malaysia dan Singapura akan bekerjasama untuk banteras jenayah “scam”

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata Malaysia dan Singapura sedang merangka kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran bagi menangani isu penipuan dalam talian (online scam) dengan lebih berkesan untuk kedua-dua negara.

Beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Josephine Teo, untuk mencapai kerjasama tersebut. Kedua-dua menteri turut berunding tentang perlindungan data peribadi, keselamatran siber, ekonomi digital, bidang komunikasi serta penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga.

Fahmi berkata kedua-dua negara baru sahaja memperbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Januari lalu.

MoU ini membenarkan agensi-agensi kedua-dua negara untuk bekerjasama dengan lebih mendalam dan meningkatkan tahap keselamatan siber.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version