Site icon TechNave BM

Malaysia dan Singapura siasat skandal pemindahan pelayan AS bernilai RM1.7 bilion

​Pendakwa raya Singapura mendedahkan bahawa kes penipuan melibatkan pembekalan pelayan AS ke Malaysia melibatkan transaksi bernilai $390 juta (RM1.7 bilion). Tiga individu yang terdiri daripada warganegara Singapura dan China didakwa menipu syarikat Dell dan Super Micro dengan memberikan maklumat palsu mengenai destinasi akhir pelayan tersebut.

Kes ini dikaitkan dengan kemungkinan pemindahan cip kecerdasan buatan Nvidia kepada firma AI China, DeepSeek, yang sedang disiasat oleh Amerika Syarikat atas penggunaan cip yang dilarang. Pihak berkuasa Singapura menyatakan bahawa pelayan tersebut mungkin mengandungi cip Nvidia, namun tidak pasti sama ada cip tersebut adalah model yang dikawal oleh AS.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul, telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Malaysia juga telah memulakan siasatan yang sama untuk menentukan sama ada undang-undang Malaysia telah dilanggar dalam dakwaan penghantaran cip AI yang disekat ke China.

Negara Tahap 2 yang termasuk Malaysia dan Singapura telah pun dikenakan larangan akses sepenuhnya pada cip AI oleh Amerika Syarikat. Insiden penyeludupan ke negara Tahap 3 seperti China yang mempunyai larangan akses sepenuhnya akan memberi kesan negatif kepada Malaysia dan Singapura yang ingin menjadi pusat data di rantau Asia Tenggara.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version