Site icon TechNave BM

Malaysia, Google bekerjasama untuk lahirkan rakyat celik AI dan berdaya saing

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Google untuk memperkukuhkan daya saing digital melalui dua inisiatif. Inisiatif ini bertujuan untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran sedia masa hadapan yang tertumpu pada AI dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dengan bantuan alat produktiviti dipacu AI yang berasaskan awan.

Inisiatif pertama melibatkan kerjasama antara Google dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kemahiran belia Malaysia daripada pelbagai latar belakang dengan menyediakan setiap satu daripada 161 institut pengajian tinggi dengan 500 biasiswa Sijil Kerjaya Google sehingga akhir tahun 2024.

Inisiatif kedua adalah untuk melengkapkan 445,000 pegawai awam dengan alat-alat Google Workspace untuk meningkatkan produktiviti merentas sektor awam dengan kerjasama Jabatan Digital Negara (JDN), agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan projek pendigitalan sektor negara serta awam di bawah Kementerian Digital.

Kerjasama ini tertumpu pada empat bahagian strategik untuk menguatkan daya saing digital negara:

Selain itu, Google Cloud telah menjadikan pilihan latihan pembangunan kemahiran pengurusan data, keselamatan data dan AI boleh diakses untuk profesional bekerja melalui program Peningkatan Kemahiran Google Cloud (Google Cloud Skills Boost program).

Adakah anda berminat dengan inisiatif pembelajaran AI ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version