Site icon TechNave BM

Malaysia, HUAWEI bakal tubuh makmal ujian keselamatan siber 5G pertama Asia Tenggara

Semalam, sumber melaporkan bahawa Malaysia bakal melancarkan makmal ujian keselematan siber 5G yang pertama di Asia Tenggara. Penubuhan ini adalah hasil kerjasama dari agensi pakar keselamatan siber nasional CyberSecurity Malaysia (CSM), HUAWEI Technologies (M) Sdn Bhd dan Celcom Axiata Bhd.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, makmal ujian ini bakal menjadi model keselamatan siber secara menyeluruh termasuklah untuk beberapa senario dan turut menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih atau penilaian perkakasan. Ia juga meliputi ekosistem ujian 5G yang terdiri daripada contohnya rangkaian akses radio 5G (RAN), rangkaian Edge dan aplikasi cloud.

Tambah beliau, makmal ini juga menjalankan kes ujian termasuk keselamatan Internet Pelbagai Perkara (IoT), keselamatan telekomunikasi dan cara meningkatkan penyediaan tindak balas terhadap serangan siber berkaitan dengan 5G.

Beliau turut menyatakan bahawa ini mungkin bukan yang terbaik, tetapi ianya adalah langkah ke hadapan. Makmal ujian ini adalah salah satu perkara daripada platform nasional seperti Agenda Digital Nasional, Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) negara. Kerajaan turut sedang melihat versi Koridor Raya Multimedia (MSC) versi Malaysia yang baharu.

Apakah pendapat anda mengenai berita ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Gambar daro Forescout

Exit mobile version