Site icon TechNave BM

Malaysia ke arah rangkaian 5G, TM membuka peluang pekerjaan untuk menjayakan 5G

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai servis komersial 5G yang dijangka bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. TM Group kini telah mengiklankan peluang pekerjaan untuk calon-calon yang layak bagi persediaan membawa perkhidmatan 5G ke seluruh negara.

Pastinya ramai penggiat teknologi di luar sana yang berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan yang disenaraikan. Hal ini juga dapat membuktikan bahawa tenaga pekerja di Malaysia setanding dengan penggiat teknologi di luar negara. Anda boleh melihat senarai jawatan yang ditawarkan di sini.

Adakah anda berminat untuk menyertai TM ke arah rangkaian 5G dan sebagai pemacu #DigitalMalaysia? Untuk memohon, anda boleh klik pada pautan ini. Apakah pandangan anda mengenai 5G di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook TM

Exit mobile version