Site icon TechNave BM

Malaysia kekal tiga teratas bagi serangan pancingan data di Asia Tenggara

Data daripada Kaspersky menunjukkan bahawa serangan pancingan data e-mel di Malaysia kekal pada kadar yang membimbangkan. Pada tahun 2022, Sistem Anti-Phishing Kaspersky menyekat serangan pancingan data sebanyak 8,267,013.

Menurut Cybersecurity Malaysia, terdapat 4,741 laporan ancaman siber pada 2022 dan merekodkan 456 kes penipuan setakat Februari 2023. Jumlah kerugian dicatatkan sebanyak RM27 juta setakat Februari 2023 oleh Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Di peringkat global, bilangan serangan pancingan data meningkat dengan ketara pada tahun lepas. Sistem Anti-Phishing Kaspersky menghalang 507,851,735 percubaan untuk mengikuti pautan pancingan data.

Pada tahun 2022, halaman yang menyamar sebagai perkhidmatan penghantaran mempunyai peratusan tertinggi klik pada pautan pancingan data yang disekat Kaspersky iaitu 27.38%. Kedua, kedai dalam talian mencatatkan 15.56% semasa pandemik. Sistem pembayaran mencatatkan 10.39% dan bank 10.39% masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Untuk memastikan anda tidak menjadi mangsa serangan pancingan data, berikut ialah beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu anda ambil untuk mengelakkan pancingan data:

⦁ Belajar mengenali serangan pancingan data
⦁ Laporkan serangan pancingan data
⦁ Dapatkan perisian antivirus dan anti-pancingan data

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version