Site icon TechNave BM

Malaysia kini di kedudukan ke-25 untuk kelajuan internet mudah alih terbaik dunia

Malaysia kini berada di kedudukan ke-25 dunia bagi kelajuan internet mudah alih berdasarkan ranking terbaharu global yang dikeluarkan oleh Ookla setakat April 2026. Menurut laporan, Malaysia merekodkan kelajuan muat turun median internet mudah alih sebanyak 154.13 Mbps.

Pencapaian itu menyaksikan Malaysia naik dua anak tangga berbanding ranking sebelum ini yang menunjukkan peningkatan berterusan dalam kualiti perkhidmatan internet mudah alih negara. Dengan kedudukan tersebut, Malaysia kini bersaing rapat dengan beberapa negara maju termasuk Finland, Sweden dan Norway dalam aspek prestasi internet mudah alih.

Dalam kategori internet jalur lebar tetap pula, Malaysia merekodkan kelajuan muat turun median sebanyak 169.89 Mbps dengan kelajuan muat naik 66.10 Mbps serta kadar latensi 8ms. Namun, Malaysia berada di kedudukan ke-46 dunia untuk kategori internet jalur lebar tetap, turun satu anak tangga berbanding sebelumnya.

Sementara itu, Singapura terus mendominasi ranking internet jalur lebar tetap global dengan kelajuan mencecah 430.31 Mbps. Laporan Ookla menunjukkan Malaysia terus mengukuhkan kedudukan dalam rantaian kelajuan internet yang dilihat penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi digital, inovasi teknologi, pembangunan 5G dan automasi industri pada masa akan datang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini

Sumber: Ookla

Exit mobile version